sesudu bubur untuk si ibu

Sunday, May 17, 2009 at 9:20 AM
Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yg diletakkan di penjuru rumah. Ibu mengocang-goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu. Hanya ada dua tin susu sahaja yang berbaki. Beras sudah habis rupanya. Pada sapa ibu hendak mengadu? ayah? saya tahu, ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

Ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan. Saya lihat ibu amik sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian masukkannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam , ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pingan yg sudah tersedia.

Bubur nasi itu berasap. seorang demi seorang anak nye di panggil sehingga lah adik kami yang paling bongsu. makan lah kami sepuluh beradik ini sehingga pingan licin bersih. malam itu kami tidur dgn nyenyak nye.

Pagi, kami bangun untuk berserapan dan saya perhatikan, ibu menyalakan api untuk memasak. ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. sekali lg ibu membuat bubur yang cair.

Seperti semalam juga, kami menghirup bubur sehingga habis. bubur itu walaupon cair, saya rasakan begitu enak sekali. kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami

Tengah hari pon begitu. bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh adik beradik. setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknye tidak kebuluran. mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup miskin dan susah , tetapi kami tidak meminta-minta. kemudian saya lihat ibu berpaling ke belakang.

Masuk hari ketiga, kakak sulung kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik beradik. saya tidak menyangka, seperti saya, kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnye. yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dgn mangkuk

Saya tidak tahu kenapa. adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu digangu?? atau, ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?

Perlahan-lahan kakak mengesotkan badannye mendekati ibu. alangkah sedihnye kakak apabila melihat rupa-rupanye ibu hanya melaga-lagakan sudu didalam mangkuknye yang sebenar nye kosong. tiada sebutir bubur pown di dalam mangkuk ibu

Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingya. adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu. kemudian kami seramai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.

Kami sedih. kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami. ibu berkorban untuk kami, ibu sengaja melaga-lagakan sudunye dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknye.

Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengesot mendekati ibu. kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi tadi.

"Makan lah mak!" kata kakak, perlahan
ibu berpaling memandang kakak. tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingakas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu..

cite nie stop sampai disini pasal di petik dari mastika..

*ibu leh jaga 10 orang anak.. tp 10 orang anak leh kew menjaga sorang ibu? renung2 kan dan selamat beramal

0 comments